Asas Skincare: Kenali masalah kulit

 Salam dan hai semua!

Siapa yang datang sini selepas baca entri Kenali Jenis Kulit? Ataupun ada yang datang sini berdasarkan cari Google? Mana-mana pun tidak jadi masalah. Mira pernah sebutkan, BebelSkincare ini Mira buat untuk sebarkan pengetahuan. Jom, kita ke topik kedua yang penting dalam asas penjagaan kulit.

Selepas dah tahu jenis kulit, langkah kedua yang korang perlu buat adalah untuk kenal pasti masalah kulit yang korang ada. Ini pun penting juga sebenarnya. Sebab lain orang, lain masalah kulitnya. Tak boleh nak bergantung kepada suggestion kawan-kawan sahaja walaupun kulit dia jenis yang sama. 

masalah kulit skin concern

Asas Skincare : Keep it simple

Salam dan hai semua!

Jom, hari ni Mira nak share tentang tiga rutin paling ringkas dan paling penting dalam penjagaan kulit.

Ramai tak yang keliru atau konfius nak beli apa bila masuk kedai skincare? Tak tahu yang mana satu nak beli, yang mana satu patut ada dan yang mana tak perlu ada. Semua gara-gara info yang sangat banyak ada di internet. Faham sangat masalah ni sebab kita rasa lagi banyak lagi bagus. Salah tau sebenarnya. Untuk permulaan, kuatkan dulu rutin asas penjagaan kulit.

Tahu tak, rutin asas kulit hanya ada tiga produk sahaja. 

Apa?

Tiga je?

Yes. Hanya tiga sahaja. Tak perlu banyak-banyak sampai pening dan menyusahkan. 

asas penjagaan kulit

Cara Kenal Jenis Kulit

Salam dan hai.

Sebelum ni, Mira ada sebutkan langkah pertama dalam memulakan penjagaan kulit adalah dengan mengenal pasti jenis kulit kita. Ini paling penting supaya langkah-langkah seterusnya kita boleh susun dengan baik dan insyaAllah kulit kita tidak akan tersakiti. Pentingnya kenal jenis kulit sebab kulit kita adalah organ terbesar. Malah, kulit juga merupakan benteng pertahanan bagi organ-organ dalaman kita. So, kulit ni sangat penting untuk kita jaga dengan baik.

Kulit kita semua tak sama. Tak semestinya kita pakai produk yang sama dengan orang yang kulitnya cantik, kita akan dapat kulit yang cantik juga. Jenis kulit setiap orang berbeza. So kita kena kenal dulu jenis kulit baru boleh teruskan dengan shopping barang barang penjagaan kulit.

Cumanya, yang menjadi masalah macam mana kita nak tahu jenis kulit kita? Adakah firasat kita betul pasal jenis kulit kita ni?

cara kenal jenis kulit

Ciri-ciri Jenis Kulit

Salam dan hai!

Bercakap pasal kulit, sebenarnya setiap jenis kulit ada ciri-cirinya yang kita boleh kenalpasti dan ini yang akan membantu kita memahami keperluan kulit dan cara nak atasi masalah yang ada pada kulit kita.

Dalam entri yang pertama, Mira dah tekankan TIGA KEPENTINGAN kita kenal jenis kulit kita. Sekali lagi nak ingatkan kenal jenis kulit adalah perkara pertama korang perlu buat untuk memulakan mengguna produk penjagaan kulit. Elakkan ikut firasat atau ikut testimoni sahaja. Kulit kan nak pakai hari-hari. Heeee

kenalpasti jenis kulit