Cara Kenal Jenis Kulit

Salam dan hai.

Sebelum ni, Mira ada sebutkan langkah pertama dalam memulakan penjagaan kulit adalah dengan mengenal pasti jenis kulit kita. Ini paling penting supaya langkah-langkah seterusnya kita boleh susun dengan baik dan insyaAllah kulit kita tidak akan tersakiti. Pentingnya kenal jenis kulit sebab kulit kita adalah organ terbesar. Malah, kulit juga merupakan benteng pertahanan bagi organ-organ dalaman kita. So, kulit ni sangat penting untuk kita jaga dengan baik.

Kulit kita semua tak sama. Tak semestinya kita pakai produk yang sama dengan orang yang kulitnya cantik, kita akan dapat kulit yang cantik juga. Jenis kulit setiap orang berbeza. So kita kena kenal dulu jenis kulit baru boleh teruskan dengan shopping barang barang penjagaan kulit.

Cumanya, yang menjadi masalah macam mana kita nak tahu jenis kulit kita? Adakah firasat kita betul pasal jenis kulit kita ni?

cara kenal jenis kulit

Dalam entri kali ni, Mira kongsikan antara cara yang terkenal yang sangat sangat mudah untuk semua buat di rumah sahaja bagi mengenal jenis kulit. Senang sangat sangat tau.

Ada 3 cara yang korang boleh cuba:

1. 'Wash and wait'

Nama pun wash and wait, maksudnya cuci dan tunggu. Caranya sangat mudah. Cuci muka dengan pencuci mula yang tak mengeringkan kulit. Kemudian lepas cuci tu jangan letak sebarang produk penjagaan selama 30 minit hingga 60 minit.

Selepas habis tempoh menunggu, gunakan tisu muka yang nipis tu dan letakkan dia 5 kawasan penting wajah korang: Dahi, Hidung, Pipi dan Dahu. Nanti perhatikan apa yang berlaku pada tissue ni tadi. 

Berminyak atau rasa tegang sangat?

Kalau rasa berminyak, maknanya kulit korang jenis berminyak.

Kalau terasa tegang, maksudnya kulit korang kering.

2. Blotting Paper

Ini memang paling mudah. Gunakan kertas yang untuk lap minyak m uka. Banyak dijual di Watson dan Guardian. Biasanya harga dalam RM10 ke bawah kalau Mira tak salah. Cara ni boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Yang terbaik sebenarnya pada waktu tengahari sekitar jam 12 tengahari ke 1 tengahari sebab waktu ni kulit tengah bekerja keras.

Gunakan kertas blotting tu dan tekap pada lima bahagian tadi juga.

3. Kenalpasti ciri-ciri kulit

Boleh rujuk pada entri tentang ciri-ciri kulit untuk kenal jenis kulit korang. Boleh terus skip kedua-dua cara di atas dan mula tengok pada muka korang. Kulit korang menepati ciri-ciri kulit yang mana. 

CIRI-CIRI JENIS KULIT

Secara ringkasnya ini cara-cara yang korang boleh buat sendiri di rumah untuk kenal pasti jenis kulit korang. Kalau masih rasa was-was, boleh rujuk pada pakar. Mereka ada mesin dan kamera yang berteknologi tinggi. 

Atau korang boleh terus whatsapp Mira untuk guna SkinAnalyzer untuk tahu jenis kulit korang. Skin Analyzer gunakan teknologi Artificial Intelligence untuk analisis kulit melalui kamera. Dan selepas guna Skin Analyzer, Mira akan consult dengan lebih jelas cara bagaimana untuk bantu kulit. InsyaAllah.

Setakat sampai sini sahaja.

Harapnya entri kali ini bermanfaat untuk bantu korang kenal jenis kulit korang dengan lebih jelas. InsyaAllah topik entri yang selepas ni, kita akan mula fokus pada masalah kulit ataupun 'skin concern' yang boleh dibantu dengan produk penjagaan kulit.

Jumpa lagi di entri yang lain.



Tiada ulasan