Ciri-ciri Jenis Kulit

Salam dan hai!

Bercakap pasal kulit, sebenarnya setiap jenis kulit ada ciri-cirinya yang kita boleh kenalpasti dan ini yang akan membantu kita memahami keperluan kulit dan cara nak atasi masalah yang ada pada kulit kita.

Dalam entri yang pertama, Mira dah tekankan TIGA KEPENTINGAN kita kenal jenis kulit kita. Sekali lagi nak ingatkan kenal jenis kulit adalah perkara pertama korang perlu buat untuk memulakan mengguna produk penjagaan kulit. Elakkan ikut firasat atau ikut testimoni sahaja. Kulit kan nak pakai hari-hari. Heeee

kenalpasti jenis kulit

Okay, taknak panjang cerita, Mira bagi ringkasan macam mana jenis kulit ini ditentukan. Ada tiga perkara yang menentukan jenis kulit seseorang:

  1. Kandungan minyak (sebum)
  2. Kandungan air (hydration)
  3. Sensitiviti kulit (sensitivity)

Ketiga-tiga benda ini kalau seimbang, maknanya tuan punya badan mempunyai kulit jenis normal. Dan beruntunglah mereka yang mempunyai kulit normal ini.

Jom kita tengok satu persatu ciri-ciri jenis kulit.

1. Kulit Normal

Untuk kulit normal, seperti yang Mira katakan di atas, kulit dia mempunyai keseimbangan yang sangat baik dari sudut kandungan minyak, kandungan air dan tahap sensitiviti. Kebiasannya orang jenis kulit normal ni tak susah sangat untuk dijaga. Cuma perlu kekalkan rutin asas yang kuat.

jenis kulit normal


2. Kulit Berminyak

Kulit berminyak mempunyai kandungan minyak muka yang berlebihan (overproduction of sebum). Kejadian penghasilan minyak yang berlebihan berkait rapat dengan pori yang bersaiz besar. 

Senang kata, orang yang kulit berminyak mempunyai pori yang ketara kelihatan. Pori yang besar memang akan menghasilkan minyak yang berlebihan dari kadar optimum. 

Keadaan pori begitu mungkin disebabkan oleh genetik mahupun hormon. Kebiasaannya orang kulit berminyak akan kelihatan berkilat-kilat seperti di hidung, dahi, pipi dan dagu. 

jenis kulit berminyak


Ada jenis kulit berminyak sampai jadi acne-prone, mudah tercetus penghasilan jerawat. Tetapi ada juga orang yang mempunyai kulit berminyak yang tidak acne-prone. Mudah kata, jerawat adalah masalah kulit (skin concern)

3. Kulit Kering

Berlawanan dengan kulit berminyak, kulit kering pula keadaan kulit yang menghasilkan minyak terlalu sedikit (underproduction of sebum).

 Bagi yang kulit kering biasanya saiz pori macam malu-malu je nak nampak. Disebabkan saiz pori dia yang macam malu-malu, penghasilan minyak pun segan-segan je. Oleh itu, kulit kering tak seimbang dari sudut kandungan minyak. 

Secara visual nya, kulit kering biasanya akan nampak bergaris, menggelupas atau pun kusam. Ada juga datang dengan gatal-gatal.

jenis kulit kering


4. Kulit kombinasi

Rata-rata kebanyakan orang akan ada jenis kulit kombinasi. Secara kajiannya, orang berkulit kombinasi ni, mempunyai kawasan T (iaitu hidung dan dahi) berminyak tetapi bahagian pipinya kering atau normal. Kiranya ciri-ciri kulit berminyak, kulit normal dan kulit kering mungkin ada tapi tak serata keseluruhan wajah.

jenis kulit kombinasi


5. Kulit sensitif

Nama pun sensitif. Kulit yang sensitif mudah memberi rangsangan terhadap sesetengah bahan yang mana jenis kulit yang lain tidak ada masalah. Lebih kurang macam alergi tetapi alergi adalah sesuatu yang lebih bahaya berbanding tau. Biasanya kulit sensitif ni mudah gatal, mudah merah-merah dan mudah terasa hangat-hangat.

Sekarang dah nampak tak sikit-sikit mana satu jenis kulit korang?

Kalau masih belum jelas, nanti Mira update pasal cara-cara untuk kenal pasti jenis kulit dengan mudah.

Jenis kulit ni boleh berubah mengikut perubahan hormon juga sebenarnya.
Mungkin masa zaman remaja jenis kulit normal, masuk zaman belia dalam lingkungan 20an kulit jadi kombinasi pula. Belum ambil kira selepas berkahwin dan bersalin juga berlaku perubahan hormon tau! So, pastikan kita sentiasa update dengan jenis kulit supaya kita dapat jaga kulit dengan sebaiknya.

Setakat itu sahaja entri kali ini.

Semoga dapat membantu!

Tiada ulasan