Asas Skincare: Kenali masalah kulit

 Salam dan hai semua!

Siapa yang datang sini selepas baca entri Kenali Jenis Kulit? Ataupun ada yang datang sini berdasarkan cari Google? Mana-mana pun tidak jadi masalah. Mira pernah sebutkan, BebelSkincare ini Mira buat untuk sebarkan pengetahuan. Jom, kita ke topik kedua yang penting dalam asas penjagaan kulit.

Selepas dah tahu jenis kulit, langkah kedua yang korang perlu buat adalah untuk kenal pasti masalah kulit yang korang ada. Ini pun penting juga sebenarnya. Sebab lain orang, lain masalah kulitnya. Tak boleh nak bergantung kepada suggestion kawan-kawan sahaja walaupun kulit dia jenis yang sama. 

masalah kulit skin concern

Kepentingan untuk tahu masalah kulit hampir sama pentingnya kenal jenis kulit. Kalau korang tak baca lagi post sebelum ini berkaitan 'Kenali Jenis Kulit' dan juga Ciri-Ciri Jenis Kulit, boleh baca dulu ya. 

Sebenarnya masalah kulit ada banyak. Dan fokus Mira di BebelSkincare adalah menyentuh masalah kulit yang berkaitan dengan jerawat dan cosmetical sahaja. Cosmetical bermakna Mira akan sentuh masalah kulit yang boleh diatasi dengan skincare. Kalau masalah yang lebih berat, itu semua perlu jumpa pakar kulit ya.

Contoh masalah kulit yang bukan cosmetical:

  1. Eczema
  2. Melanoma
  3. Skin cancer
  4. Vitiligo
  5. Psoriasis
  6. Dermatitis
  7. Fungal acne
  8. Rosacea

Ini semua diluar bidang pengetahuan Mira. Ini semua memerlukan pakar kulit yang memang ada latar belakang perubatan untuk buat diagnos. Bukan semborono tengok simptom, perlukan pemeriksaan yang lebih teliti. Bukan aesthetician, bukan juga beauty consultant. Ini perlukan dermatologist yang berdaftar dan yang layak berikan ubat-ubat terkawal. So, kalau korang ada masalah-masalah yang sebegini, produk penjagaan tidak dapat membantu dan tak boleh diagnos sendiri, kena dapatkan doktor untuk check dan diagnos.

So, berbalik kepada tujuan asal post ini. Kita nak sentuh bab masalah kulit atau pun 'skin concern'.  Ini penting supaya kita tahu apa kita nak cari dalam penjagaan kulit. Supaya kita boleh susun keutamaan dalam penjagaan kulit. Sekali lagi Mira pesan, kita cerita tentang masalah kulit yang cosmetical. Yang boleh dibantu dengan rutin pejagaan kulit yang sesuai dan biasanya melibatkan kawasan wajah.

Apa masalah kulit yang kosmetikal?

1. Jerawat
2. Garis halus
3. Kulit dehydrated
4. Kulit tersensitif
5. Sunburn
6. Garis halus
7. Mata sembam
8. Lingkaran mata hitam
9. Pori-pori besar
10. Hyperpigmentation 

Ini antara masalah kulit yang Mira akan sentuh. InsyaAllah semua ni kita boleh rawat dengan gunakan produk yang sesuai. Kalau ada duit lebih, boleh sangat jumpa pakar kulit dalam bahagian cosmetical atau pergi mana-mana medispa yang boleh beri rawatan pantas.

Bila baca senarai masalah kulit tadi, paling kurang korang ada berapa masalah? Mira sendiri lebih dari tiga. Hehe. Walaupun Mira bercerita pasal skincare tak bermakna Mira langsung tak ada masalah tau. Mira juga manusia biasa dan Mira juga ada masalah sana sini dengan kulit sendiri.

Sekarang dah tahu masalah kulit, korang boleh teruskan kepada langkah seterusnya iaitu memilih produk yang bersesuaian dengan jenis dan masalah kulit korang. Tunggu tau update tentang masalah kulit satu persatu. Kita akan try kupas satu-satu supaya korang jelas macam mana nak buat dan bahan apa yang sesuai.

Harap post kali ini memberikan korang matlamat yang lebih jelas dalam skincare. Boleh dah pergi kedai-kedai berdekatan untuk dapatkan produk yang sesuai. Atau kalau korang nak tanya Mira sendiri, boleh komen soalan. Biar ramai-ramai dapat belajar sesuatu.

So, nantikan post berkaitan masalah kulit ya!

Tiada ulasan