Asas Skincare: 3 Sebab Kenapa Perlu Kenal Jenis Kulit?

Salam dan hai semua!

Ini adalah post pertama di BebelSkincare dan harapnya kita dapat kekalkan momentum untuk keluarkan post-post baru untuk semua supaya dapat belajar lebih banyak. Okay?

So, post kali ini khas untuk mereka yang baru nak berjinak atau mengenali dunia penjagaan kulit (skincare). Ini adalah antara asas yang korang perlu ada dan faham. Ibaratnya ini adalah langkah pertama untuk memulakan perjalanan dalam penjagaan kulit.

Sebelum mula beli produk penjagaan kulit, pertama sekali kenal pasti jenis kulit. Ramai orang mudah keliru antara jenis kulit dan masalah kulit. Dan ramai juga yang membeli kerana satu-satu produk itu tengah hype/trending di media sosial ataupun tengah menjadi sebutan kebanyakan influencer. Haaa, silap besar kalau membeli tanpa ada pengetahuan. Kulit ni kita pakai hari-hari. Jangan beli sebab nampak hasil pada orang tu, kita rasa okay dengan kita. Sebaiknya ambil tahu sama ada sesuai tak dengan jenis kulit, masalah kulit dan juga target kita dalam kesihatan kulit. 

kenapa kena kenal jenis kulit

Kenapa penting untuk ambil tahu jenis kulit?

1. Tidak ada satu produk yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Secara peribadi, Mira tak percayakan claim produk yang tulis 'for all skin type'. Kalau dekat produk ada tulis 'for all skin type', sila baca dulu bahan-bahan dan kenalpasti tekstur produk supaya tahu sesuai ke tidak dengan kulit. Sebab lain jenis kulit, lain bahan yang sesuai. Belum ambil kira masalah kulit pula, kan? Hehe. Kiranya perkataan 'for all skin type adalah lebih kepada tujuan 'marketing' untuk menarik perhatian bakal pelanggan.

2. Supaya tahu kandungan bahan yang sesuai dengan kulit

Bahan-bahan yang ada dalam produk kecantikan ada yang boleh menyumbatkan pori, ada yang boleh bagi reaksi. Semua ni bergantung kepada jenis kulit. Contoh mudah biasanya sesetengah produk akan label 'non-comodegenic' yang bermaksud tidak menyumbatkan pori. Terma ini sangat penting bagi mereka yang berkulit sensitif, berminyak dan kombinasi. Dan, ada juga sesetengah bahan sesuai dengan sesetengah jenis kulit sahaja. So, sila ambil tahu jenis kulit dulu ya.

3. Supaya dapat susun rutin yang sesuai dengan kulit

Rutin penjagaan kulit sangat penting. Secara asasnya, rutin paling asas yang perlu diperkukuhkan adalah pencuci, pelembap dan pelindung. Ini yang Mira pegang. Apa-apa, kembali kepada tiga rutin yang paling asas ini. Tetapi bergantung pada jenis kulit, mungkin ada yang memerlukan rutin tambahan. Contoh seperti kulit kering, mereka perlu lebihkan pada pelembap untuk bantu seimbangkan minyak dan air (moisture and hydration) kulit memandangkan kulit mereka tidak mengeluarkan minyak (sebum) secara optimum. So, rutin kulit kering semestinya tidak sama dengan rutin orang kulit berminyak.

Ada berapa jenis kulit sebenarnya?

Jom kita kenal 5 jenis kulit yang ada. Ingat ini baru jenis sahaja. Nanti kita akan masuk secara perlahan-lahan bab masalah kulit yang nampak seolah-olah jenis kulit.

1. Kulit normal.

2. Kulit berminyak.

3. Kulit kering.

4. Kulit kombinasi.

5. Kulit sensitif.


Dah faham kenapa perlu kenal dulu jenis kulit sebelum mula membeli sebarang produk penjagaan kulit? InsyaAllah nanti kita akan sambung bercerita pasal ciri-ciri setiap jenis kulit supaya kita dapat kenal pasti jenis kulit kita dengan lebih mudah. Barulah boleh kita tengok produk apa yang sesuai mengikut kulit kita. 

Jangan lupa follow blog untuk info yang lebih menarik dan jangan lupa sharekan pada kawan-kawan.

Harap post ini dapat membantu!


Tiada ulasan