BC Mary Kay

Salam dan hai semua.

Bagi yang dah baca section 'Ada apa di BebelSkincare' mesti dah tahu yang Mira sebenarnya seorang beauty consultant Mary Kay. Yes, saya seorang beauty consultant untuk company Mary Kay.

Sebagai seorang beauty consultant, saya bertanggungjawab atas setiap nasihat dan produk yang dijual di bawah nama saya. So, kalau korang berminat nak cuba Mary Kay, memang boleh sangat sangat untuk tanya Mira semua details. Mira cuba untuk tolong sebaiknya. Lagipun Mira faham sangat sangat kesusahan bila ada skin yang bermasalah bertahun-tahun.

Apa tugas seorang Beauty Consultant ni?

Ramai yang menganggap beauty consultant ni macam doktor. Tidak. Sebenarnya kami adalah perunding kecantikan. Maknanya fokus kami adalah untuk kulit luaran sahaja. Dan kebiasaannya syarikat melantik perunding kecantikan (beauty consultant) untuk membantu pelanggan memilih produk dari syarikat mereka.

Selalu tak dekat Watson atau Guardian atau mana-mana kedai yang ada jual pelbagai produk kecantikan, akan ada seseorang yang duduk dekat dengan sesetengah produk memakai t-shirt atau pakaian berlogo satu satu jenama? Itulah perunding kecantikan. Mereka akan nasihatkan produk yang bersesuaian dan biasanya produk itu mestilah dari syarikat yang mereka bekerja.

Kami sebagai beauty consultant memang dilatih dan perlu melatih diri kami untuk mempersiapkan diri dengan ilmu asas kecantikan serta pengetahuan tentang produk Mary Kay. Sebab tugas kami memastikan pelanggan dapat memilih produk Mary Kay yang sesuai dengan keperluan pelanggan. 

Bagi Mira yang minat sangat belajar tentang skincare, Mira sangat suka bila dapat belajar pelbagai ilmu skincare tidak kira dari Mary Kay atau tidak. Maklumlah hakikatnya setiap manusia ada selesa masing-masing. Dengan usaha itu, Mira wujudkan BebelSkincare ni. Untuk membantu ramai orang jelas dan faham tentang skincare supaya tak lagi membeli sebab 'trend' atau 'ada artis pakai'.

Ingat kulit masing-masing adalah lain-lain.

Untuk masalah asas, insyaAllah Mira boleh sangat nak tolong. Tetapi jika dah masuk bab kulit eczema, atau masalah kulit yang lebih parah, itu adalah luar bidang kuasa Mira. Sila cari doktor pakar kulit.

Harap korang stay untuk support BebelSkincare bukan sahaja sebab Mary Kay tetapi sebab ilmu-ilmu yang ada di dalamnya.

Terima kasih semua!

Tiada ulasan