Kekalkan Bibir Lembap Dalam Bulan Ramadan

Salam dan hai semua.

Sedar tak sedar rupanya kita dah pun masuk 15 Ramadan bagi tahun 1442 Hijrah. Tak lama lagi Hari Nuzul Quran.

Sebagai seorang Muslim, Mira yakin ramai yang sedang baca entri hari ni tengah cari solusi macam mana atasi masalah bibir kering lagi lagi dalam bulan Ramadan. Mana tidaknya, kalau tidak puasa pun memang bibir dah kering. Masuk bulan puasa jadi lagi teruk sampai menggelupas dan berdarah. Pedihnya!

Jangan risau entri kali ini memang khusus Mira tulis untuk bulan Ramadan. Semoga relevan sehingga bila-bilalah.

Adakah korang jenis yang bibir kering sampai merekah dan berdarah?

Atau adakah korang jenis bibir kering sampai nampak putih-putih macam pucat?

Kalau korang ada masalah salah satu di atas, Mira harapkan entri kali ini dapat membantu korang.

Sebelum kita pergi pada solusi untuk kekalkan bibir lembap dalam bulan puasa, jom kita kenal pasti tu apa punca kepada bibir kering ni.

Untuk faham kenapa bibir cepat kering, kita akan tengok perbandingan antara struktur kulit bahagian wajah dengan struktur kulit bahagian bibir. Senang kita nak faham kenapa bibir mudah kering dan perlukan penjagaan yang teliti.

Tengok gambar rajah kat bawah ni.

struktur bibir

Nampak tak dalam gambar rajah ni, struktur kulit bibir lebih nipis berbanding struktur kulit wajah. Dalam struktur kulit bibir, tidak ada folikel rambut bermakna tidak ada pori. Selain tu dalam struktur kulit bibir juga tak ada kalenjar minyak dan kalenjar peluh bermakna tidak ada penghasilan minyak mahupun air di kawasan bibir.

Disebabkan struktur kulit bibir inilah, bibir sangat mudah jadi kering dan menggelupas sebab tidak ada keseimbangan antara air dan minyak.

Kurang minum air bukan punca utama bibir kering. Kena ingat, sistem penghadaman badan kita memerlukan apa-apa yang masuk dalam mulut lalu dulu perut dan segala organ baru boleh sampai ke permukaan kulit. So, banyak minum air pun tak boleh janjikan bibir tak kering. 

Sekarang dah faham kan kenapa bibir kering?

Bibir kering sebenarnya tak semestinya masa bulan puasa. Tapi, bila masuk bulan puasa, kita kurang minum air, tenaga mungkin berkurang sebab berpuasa, so kemungkinan bibir jadi kering dan menggelupas tu lagi tinggi.

So apa yang perlu kita buat untuk pastikan bibir lembap?

Mira bagi 3 cara untuk kekalkan kelembapan bibir.

1. Gunakan lipbalm

Sebenarnya pemakaian lipbalm tak perlu tunggu bibir kering. Sebaiknya lipbalm ni jadi sebahagian daripada rutin asas sebab kawasan bibir kita tak cuci dengan pencuci tetapi masih perlukan moisturizer dan protection. Sekarang ada lipbalm ada yang jenis ada pelindung suria untuk pakai siang hari. Bibir kita cepat menggelap sebab terdedah pada sinaran UV tau!

2. Gunakan scrub 2 - 3 kali seminggu

Sama seperti kulit wajah, bibir juga kita perlu exfoliate. Sebaiknya elakkan guna scrub wajah sebab lapisan skin barrier bibir lebih nipis. Boleh cari mana-mana scrub bibir yang ada di pasaran. Mira secara peribadinya suka Satin Lip Scrub dari Mary Kay. Dia tak terlalu kasar dan tidak terlalu lembut. Malah melembapkan juga. 

3. Guna lip sleeping mask

Ini adalah salah satu cara untuk mengembalikan kelembapan bibir. Antara jenama yang sangat terkenal dengan lip sleeping mask adalah Laneige. Kalau tak ada lip sleeping mask, letakkan lipbalm yang ada jojoba oil atau petroleum jelly. Fungsi dia untuk 'perangkap' lembapan kedalam kulit bibir. Barulah esok pagi bangun bibir tak kering.

Mudah sahaja kan nak kekalkan kelembapan bibir?

Mira juga nak bagi peringatan untuk korang supaya jangan buat perkara-perkara ini kepada bibir sebab dikhuatiri akan mengeringkan lagi bibir.

1. Jangan jilat bibir!

Sebenarnya membasahkan bibir dengan air liur akan membuatkan bibir bertambah kering sebab air liur kita (saliva) ada enzim yang mana akan menyebabkan lapisan kulit menipis. So, tindakan menjilat bibir adalah tidak sesuai untuk melembapkan bibir.

2. Jangan makanan bergaram atau pedas terlalu banyak.

Makanan bergaram dan pedas ni bukan sahaja tak sesuai untuk bibir tau, untuk badan kita pun tak sesuai. Nak makan boleh, tapi dalam keadaan bersederhana okay.

3. Jangan pakai lipstick jenis matte

Cari lipstick yang melembapkan. Lipstick jenis matte ni sifatnya mengeringkan. Nak nak bulan puasa bibir dah kering, pakai pula lip matte, boleh jadi makin kering tau. Cari lipstick jenis gloss dan hydrating.

So, itu sahaja cerita pasal bibir. Mira berjuang dengan masalah bibir sejak sekolah rendah dan bila dah dah dewasa ni baru faham kenapa bibir kering dan macam mana nak atasi masalah ni. Bibir kering ni paling tak seronok bila dia mula jadi sakit dan berdarah. Pedih dan seksa sangat.

Harapnya entri kali ini membantu korang dan selamat berpuasa!

Tiada ulasan