Asas Skincare : Keep it simple

Salam dan hai semua!

Jom, hari ni Mira nak share tentang tiga rutin paling ringkas dan paling penting dalam penjagaan kulit.

Ramai tak yang keliru atau konfius nak beli apa bila masuk kedai skincare? Tak tahu yang mana satu nak beli, yang mana satu patut ada dan yang mana tak perlu ada. Semua gara-gara info yang sangat banyak ada di internet. Faham sangat masalah ni sebab kita rasa lagi banyak lagi bagus. Salah tau sebenarnya. Untuk permulaan, kuatkan dulu rutin asas penjagaan kulit.

Tahu tak, rutin asas kulit hanya ada tiga produk sahaja. 

Apa?

Tiga je?

Yes. Hanya tiga sahaja. Tak perlu banyak-banyak sampai pening dan menyusahkan. 

asas penjagaan kulit

Kuatkan tiga rutin ni dulu baru boleh upgrade skincare lain yang macam-macam nama tu. 

Apa benda tiga rutin asas?

1. Pencuci (Cleanse)
2. Pelembap (Moisturize)
3. Pelindung (Protect)

Hanya tiga ini sahaja dulu. Mulakan dengan tiga produk ini. Kuatkan dulu tiga benda asas ni baru korang boleh tambah toner ke serum ke essence ke ataut apa-apa yang berkaitanlah. 

So, macam mana nak kuatkan tiga rutin ni?

1. Pastikan pencuci muka korang sesuai dengan jenis dan masalah kulit. Ingat lagi bab kita belajar jenis dan masalah kulit? Kalau first time baca di bebelskincare, atau nak revise topik yang pernah Mira kupas, boleh terus pergi ke entri yang ini tau.

>>>Kenal Jenis Kulit<<<

2. Pastikan pelembap dan pelindung suria (sunscreen) korang tak menyumbatkan pori atau memberi reaksi yang tak diingini. Memandangkan kita nak kuatkan rutin, dua produk ini mestilah produk yang paling serasi dan paling tidak memberi kesan yang tak diingini pada kulit.

3. Pemakaian berterusan dan kulit semakin sihat. Ini antara tanda korang dah ada satu rutin penjagaan asas yang sangat kuat.

Bila dah kuat semua ni, korang bolehlah mula upgrade dengan exfoliation (pengelupasan) atau toner. Kena kuatkan dulu penjagaan asas supaya kulit korang bersedia untuk upgrade. Kalau penjagaan asas juga tak sesuai, bila korang cuba masukkan produk-produk yang ada bahan aktif atau hanya supplement kulit, dikhuatiri akan mendatang masalah berbanding menyelesaikan masalah.

Pastikan tiga langkah asas ini adalah produk yang korang akan boleh guna saat-saat kulit meragam atau ada reaksi yang tak diingini bila guna produk baru. 

Kalau boleh kita tak naklah kulit makin teruk. Kita nak kulit makin sihat dan glowwing kan?

Mira harap korang jelas dengan apa yang Mira kongsikan dalam entri kali ini. Sebab topik ni sebenarnya tak perlu cerita panjang sangat. Sangat mudah difahami dan dibuat. 

Kalau ada soalan boleh terus komen ya.

Bye korang~

Tiada ulasan