Ada apa di BebelSkinCare?

Salam dan hai semua!

First of all, thank you semua yang sudi singgah ke BebelSkincare. 

Move on kepada pengenalan, nama saya Mira. Selesa dikenali dengan nama Mira. Mira sebenarnya merupakan Beauty Consultant Mary Kay. Teheee.

Mira adalah seorang yang sangat teliti untuk hal-hal berkaitan dengan skincare. Sebenarnya sudah lama. Dan sebelum join Mary Kay, Mira dah pernah join pelbagai brand. Dan melalui pengalaman-pengalaman itulah Mira belajar banyak tentang skincare.

Disclaimer: Mira bukanlah seorang dermatologist. Perkongsian Mira adalah 100% berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dicari dan dibaca. Untuk masalah kulit yang lebih kronik, sila rujuk mereka yang lebih pakar ya.

So, ada apa sebenarnya di BebelSkincare?

Dengan kewujudan BebelSkincare ni Mira sangat berharap dapat berkongsi dengan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kulit dan bagaimana cara yang terbaik. Maklumlah kulit semua orang berbeza dan tidak akan ada satu produk yang akan dapat selesaikan semua masalah.

Selain itu, Mira juga suka nak kongsikan tentang fakta-fakta saintifik di sebalik produk penjagaan kulit. Supaya semua orang boleh buat keputusan dengan bijak dan tidak hanya ikut trend.

Harapan Mira adalah untuk korang dapatkan ini:

  • Ilmu asas penjagaan kulit
  • Cara pilih dan beli produk
  • Rutin penjagaan kulit
  • Kulit yang sihat dan glowwing
  • Hari hari yang bahagia dengan ilmu skincare

Mira baru je lagi dalam dunia blog untuk kongsikan pasal skincare ni. Harap korang dapat bersabar dengan menunggu content-content yang menarik ya. Dan terima kasih atas sokongan korang yang tidak putus-putus.

Kenapa Mira mulakan BebelSkincare?

Pertama sekali, sebab Mira nak semua orang sedar tentang kepentingan kita jaga kulit. Penjagaan kulit wajah bukan semata-mata kerana kita nak jaga penampilan. Penjagaan kulit juga membantu dari segi kesihatan mental supaya kita tidak rasa rendah diri atau tidak yakin dengan diri sendiri. 

Keduanya, sebab Mira sendiri ada pengalaman tak nak jumpa orang sebab keadaan kulit sangat teruk. Ada parut hitam, kulit kering dan berkedut, selalu ditegur nampak tak sihat. Memang sampai tahap rasa lebih selesa duduk di rumah dan tidak berjumpa dengan orang. Jangan tak tahu, memang Mira pernah sampai tak keluar rumah selama beberapa bulan. Tetapi ketika itu, bukan kulit je bermasalah, kesihatan Mira juga terjejas.

Yang terakhir sekali sebab Mira nak kongsikan ilmu-ilmu yang Mira dapat dari kelas-kelas penjagaan kulit serta kertas-kertas kajian yang Mira pernah baca. Mira tahu, tak semua orang ada masa untuk baca info yang banyak apatah lagi kertas-kertas kajian yang penuh dengan perkataan yang berbelit lidah.

Doakan Mira dapat bagi banyak manfaat pada semua yang datang!

Tiada ulasan